discover universiti teknologi brunei library
Amazon cover image
Image from Amazon.com

Mengurus Pekerja Toksidik Menurut Islam / Ab Aziz Yusof al-Besuti

By: Ab Aziz Yusof al-Besuti [author]Material type: TextTextPublication details: Bandar Seri Begawan : UNISSA Press, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, 2021 . Description: xxviii, 515 pages : illustration : 23 cmISBN: 9789991787022Subject(s): Performance -- Religious aspect -- Islam | Problem employee -- ManagementOther classification: HF5549 AZI 2021 Summary: Desakan yang berpunca daripada tuntutan dalaman dan luaran telah menyebabkan terdapatnya pekerja yang tidak ambil peduli dengan tugas, sering bertelagah, menangguh kerja, berprasangka buruk, menfitnah, membuli dan bertindak ganas. Mereka hilang pedoman moral, ketepikan pertimbangan akhlak dan menafikan nilai-nilai keinsanan dalam mengejar imbuhan dar memenuhi agenda peribadi. Bagi mereka imbuhan, pangkat, status dan glamor adalah sasaran utama yang perlu dicapai walaupun dengan apa cara sekalipun. Bagi mencapainya, mereka bersedia untuk memeras keringat, fikiran dan mengambil kesempatan daripada sumbangan yang telah diberikan pekerja yang lain. Mereka sanggup mengeksploit dan mencabul nilai-nilai murni yang terdapat dalam organisasi. Dalam penulisan ini, pekerja sedemikian dikategorikan sebagai PEKERJA TOKSIDIK Fokus utama pekerja toksidik adalah untuk meningkatkan pulangan dan keuntungan peribadi. Mereka berusaha untuk memastikan kedudukan mereka terjamin, selesa dan selamat. Bagi tujuan ini, mereka bersedia bertindak untuk merosakan imej dan kerjaya pekerja di samping memusnahkan, reputasi organisasi itu sendiri. Mereka sanggup mengabaikan prosedur, peraturan, sistem, nilai dan budaya kerja yang terdapat dalam organisasi. Mereka bukan sahaja tidak menghormati rakan sekerja tetapi turut membelakangkan, memperlekehkan dan mencabar kewibawaan pengurus. Semoga kehadiran buku ini akan menjadi rujukan kepada para pembaca untuk mengenali siapakah pekerja toksidik, ciri-ciri yang ada pada mereka, natijah daripada kehadiran mereka, mengetahui punca-punca mengapa mereka bertoksidik dan mengenalpasti kaedah rawatan yang berkesan untuk menangani perilaku mereka. Seterusnya, penulis mengemukakan beberapa cadangan untuk berhadapan dengan pekerja toksidik.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Call number Status Notes Date due Barcode
Islamic Collection Islamic Collection Universiti Teknologi Brunei Library
- at level 3
HF5549 AZI 2021 c.1 (Browse shelf(Opens below)) Available Reg.No. 018698(W)_UTB 850931

Index present (Page 511 - 515 )

Desakan yang berpunca daripada tuntutan dalaman dan luaran telah menyebabkan terdapatnya pekerja yang tidak ambil peduli dengan tugas, sering bertelagah, menangguh kerja, berprasangka buruk, menfitnah, membuli dan bertindak ganas. Mereka hilang pedoman moral, ketepikan pertimbangan akhlak dan menafikan nilai-nilai keinsanan dalam mengejar imbuhan dar memenuhi agenda peribadi. Bagi mereka imbuhan, pangkat, status dan glamor adalah sasaran utama yang perlu dicapai walaupun dengan apa cara sekalipun. Bagi mencapainya, mereka bersedia untuk memeras keringat, fikiran dan mengambil kesempatan daripada sumbangan yang telah diberikan pekerja yang lain. Mereka sanggup mengeksploit dan mencabul nilai-nilai murni yang terdapat dalam organisasi. Dalam penulisan ini, pekerja sedemikian dikategorikan sebagai PEKERJA TOKSIDIK
Fokus utama pekerja toksidik adalah untuk meningkatkan pulangan dan
keuntungan peribadi. Mereka berusaha untuk memastikan kedudukan mereka terjamin, selesa dan selamat. Bagi tujuan ini, mereka bersedia bertindak untuk merosakan imej dan kerjaya pekerja di samping memusnahkan, reputasi organisasi itu sendiri. Mereka sanggup mengabaikan prosedur, peraturan, sistem, nilai dan budaya kerja yang terdapat dalam organisasi. Mereka bukan sahaja tidak menghormati rakan sekerja tetapi turut membelakangkan, memperlekehkan dan mencabar kewibawaan pengurus.
Semoga kehadiran buku ini akan menjadi rujukan kepada para pembaca untuk mengenali siapakah pekerja toksidik, ciri-ciri yang ada pada mereka, natijah daripada kehadiran mereka, mengetahui punca-punca mengapa mereka bertoksidik dan mengenalpasti kaedah rawatan yang berkesan untuk menangani perilaku mereka. Seterusnya, penulis mengemukakan beberapa cadangan untuk berhadapan dengan pekerja toksidik.

There are no comments on this title.

to post a comment.

library opening hours

24/7 study area

Friday Open 24 hours (Closed during Friday Prayers from 11.30am to 2.30pm)